Kemas kini dan ramalan pasaran

Ulasan analisis Forexmart memberikan maklumat teknikal terkini mengenai pasaran kewangan. Laporan ini mengandungi arah aliran saham, ramalan kewangan, laporan ekonomi global, dan berita politik yang mempengaruhi pasaran.

Disclaimer:  ForexMart tidak memberikan nasihat pelaburan dan analisis yang disediakan tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan untuk hasil dagangan yang akan datang.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 3 Februari
04:08 2023-02-03 UTC--5

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Apabila euro pertama kali menguji tahap 1.0982, garis MACD sudah berada jauh dari sifar, jadi potensi penurunan adalah terhad. Tetapi tidak lama kemudian, pada ujian kedua, garis MACD sudah keluar dari kawasan terlebih jualan (oversold), menghasilkan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli. Ini membawa kepada lonjakan harga sekitar 20 pip. Sementara itu, ujian ketiga pada tahap 1.0982 mendorong kepada penghasilan isyarat menjual, yang mengakibatkan penurunan sebanyak 40 pip. Terdapat lantunan 15-pip pada sebelah petang disebabkan oleh pesanan membeli sekitar 1.0947.

Keputusan ECB untuk menaikkan kadarnya sebanyak 0.5% sangat dijangka sehinggakan pasaran bertindak balas dengan penurunan walaupun kenyataan keras Christine Lagarde mengenai kenaikan selanjutnya. Tetapi euro boleh membuat kemunculan semula hari ini kerana laporan PMI akan dikeluarkan, dan data PPI, walaupun menunjukkan penurunan, tidak akan memberi banyak kesan kepada pasaran. Ucapan ahli Lembaga ECB Frank Elderson juga akan kurang menarik.

Pada sebelah petang, terdapat laporan mengenai senarai gaji bukan ladang (NFP) AS untuk Januari, di mana kelembapan mendadak dalam pertumbuhan pekerjaan baharu dijangkakan. Ini boleh menyebabkan kejatuhan lagi dalam dolar dan satu lagi kenaikan dalam euro. Data PMI perkhidmatan dan komposit akan menjadi kurang menarik di kalangan pseerta pasaran.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0923 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0980. Pertumbuhan boleh berlaku jika zon Eropah mengeluarkan data PMI yang kukuh. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa pesanan membeli hanya akan dibuka apabila garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0887, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0923 dan 1.0980.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0887 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0843. Tekanan akan meningkat jika tiada aktiviti kenaikan harga pada tahap rendah semalam. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0923, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0887 dan 1.0843.analytics63dcb54de1eab.jpg

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.