Pengesahan Akaun

Sila sahkan akun ForexMart anda untuk mengakses ke semua perkhidmatan kami tanpa had termasuk bonus tambahan dan tawaran menarik lain.

Penting untuk dinyatakan bahawa hanya ahli yang telah menerima pengesahan sahaja yang akan dapat melakukan transaksi dagangan dan kewangan, dan ia hanya dapat dilakukan di laman web kami.

Kami menawarkan prosedur pengesahan dua peringkat yang fleksibel. Untuk mencapai peringkat tertentu, anda dikehendaki untuk menghantar foto imbasan pasport, ID, lesen memandu yang sah atau bukti alamat kediaman.

Setelah menghantar dokumen yang diperlukan, anda akan menerima balasan email automatik yang mengesahkan akaun anda atau meminta dokumen tambahan untuk menyelesaikan proses pengesahan anda dalam tempoh 24 jam selepas penghantaran dokumen anda.

+ PERINGKAT 1 (wajib)

  • Kad Pengenalan (foto halaman depan dan belakang); atau
  • Pasport yang masih sah (foto dua halaman (double-page) pasport lengkap dengan foto pemilik); atau
  • Lesen memandu (foto halaman depan dan belakang); atau
  • Dokumen pengenalan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan (ditentukan oleh negara tempat tinggal).

Please, use the photo of the ID document or a passport not exceeding 6 months before the expiry date. Scans and screenshots may not be accepted.

PERINGKAT 2 +

  • Bil utiliti seperti elektrik, gas, air, kumbahan, telefon atau jaringan internet tetap; atau
  • Penyata Kad Bank/Kad Kredit; atau
  • Sijil Residen Rasmi/Buku Residen (tidak ditulis tangan); atau
  • Bil Cukai Pihak Berkuasa Tempatan; atau

The utility bill and the Bank Statement should be no longer than 3 months from the issue date.

Syarat umum:

  1. Muat naik foto imbasan dokumen atau foto berkualiti tinggi dengan telefon pintar atau kamera digital anda.
  2. Foto harus jelas, fokus dan berwarna, serta dengan teks yang dapat dibaca tanpa kabur.
  3. Dokumen hendaklah berukuran penuh dan lengkap. Kami menerima foto keseluruhan dokumen tetapi bukan sebahagian daripada dokumen tersebut. Bahagian tepi tidak boleh terpotong dan keempat-empat sudut setiap halaman mesti kelihatan.
  4. Nama dan alamat lengkap pada aplikasi akaun harus sepadan dengan nama (termasuk semua nama tengah) dan alamat pada dokumen yang disediakan.
  5. Sila berikan foto langsung dokumen asal. Dokumen kedua,seperti foto pada foto adalah tidak diterima. Tidak ada penghapusan, penambahan, atau manipulasi tanpa izin lain yang harus dilakukan.
  6. Dokumen tersebut hendaklah sah sebelum tarikh luput.
  7. Sekiranya dokumen di dalam bahasa tempatan, kami boleh meminta ia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan disahkan.
  8. Sekiranya terdapat Entiti Undang-undang, pendaftaran syarikat dan sijil pemegang saham, serta dokumen individu yang memiliki akaun tersebut harus diserahkan.
  9. Format fail gambar yang diterima adalah .jpeg, .gif, .pdf, dan .png. Fail yang dilampirkan tidak boleh melebihi 5 MB.
  10. Tidak dibenarkan menggunakan dokumen yang sama untuk kedua-dua peringkat pengesahan.

For more detailed information regarding the verification terms in your country, please, check your Client's Cabinet Login Here

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.