Kemas kini dan ramalan pasaran

Ulasan analisis Forexmart memberikan maklumat teknikal terkini mengenai pasaran kewangan. Laporan ini mengandungi arah aliran saham, ramalan kewangan, laporan ekonomi global, dan berita politik yang mempengaruhi pasaran.

Disclaimer:  ForexMart tidak memberikan nasihat pelaburan dan analisis yang disediakan tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan untuk hasil dagangan yang akan datang.

Pasangan mata wang EUR/USD: analisis dan ramalan dagangan untuk 19 Mei 2022
05:52 2022-05-19 UTC--4

Salam sejahtera, rakan niaga yang dihormati!

Semalam bukanlah hari yang terbaik untuk aset berisiko. Dalam gambaran keseluruhan baru-baru ini, kami bercakap mengenai peningkatan dalam sentimen risiko. Hari ini, keadaan telah berubah secara mendadak walaupun terdapat laporan bahawa China telah menarik balik sekatan Covid-19 di Shanghai dan bandar lain. Penghujung pandemik akan berakhir, yang mana ini adalah satu berita yang baik. Selepas dua tahun kes jangkitan, kematian, dan pelbagai sekatan, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada wabak ini. Sementara itu, permintaan untuk Perbendaharaan AS bertambah kukuh di tengah-tengah penghindaran risiko. Pada masa yang sama, hasil bon 10 tahun turun kepada 2.90%, indeks saham menjunam, dan dolar AS mengukuh. Penghindaran risiko mendorong dolar AS untuk mengukuh, menurut Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen dalam sebuah temu bual semalam. Malah, ia seolah-olah benar. Dolar AS telah menjadi tempat selamat nombor satu untuk masa yang agak lama, meletakkan yen Jepun dan franc Switzerland di belakang.

Bercakap mengenai kalendar makroekonomi, keluaran semalam laporan CPI di zon Eropah menunjukkan penurunan kepada 7.4% berbanding 7.5%. Selain itu, data akhir merekodkan bacaan yang selari dengan ramalan pasaran. Adakah ia bermakna bahawa inflasi kini akan turun? Sudah tentu tidak. Untuk menjinakkan inflasi, ECB perlu melakukan pelbagai usaha, dengan erti kata lain, untuk mula bertindak secara agresif dan tegas, seperti Fed. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi Eropah jauh lebih lemah daripada ekonomi Amerika. Itulah sebab mengapa ECB masih "dovish". Hari ini, pemain pasaran akan menumpukan perhatian pada akaun mesyuarat dasar monetari ECB, tuntutan pengangguran mingguan AS dan Indeks Pembuatan Fed Philadelphia.

Carta Harian

Semalam, pasangan mata wang ini jatuh di bawah tahap 1.0470 dan Garis Tenkan merah penunjuk Ichimoku. Hakikat bahawa graf lilin menurun semalam tidak mempunyai bayangan yang lebih rendah menunjukkan bahawa penurunan harga euro akan cuba untuk mendapatkan semula kawalan ke atas pasaran. Percubaan pasangan mata wang ini untuk melonjak naik di atas tahap 1.0470 telah berkurangan pada hari ini. Ini mungkin disebabkan oleh rintangan menurun yang menghalang sebut harga daripada mencapai tahap psikologi 1.0500. Hari ini, harga telah pun mencapai tahap 1.0507, manakala bayangan menaik semasa dan badan kenaikkan graf lilin jelas menunjukkan masalah yang ketara dengan pertumbuhan pasangan. Jika pasangan mata wang cuba untuk membuat pembalikan menaik, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada tingkah laku harga dalam julat 1.0485-1.0505. Jika graf lilin Jepun menurun muncul dalam julat yang digariskan dalam rangka masa yang lebih rendah, kedudukan jual boleh dipertimbangkan, dengan sasaran terletak pada tahap 1.0460, 1.0433, dan 1.0404. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam pasaran tetapi berdasarkan graf lilin semalam dan harga penutupanya, adalah tidak menguntungkan untuk membeli instrumen itu sekarang.

Selamat berdagang!

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.