Kemas kini dan ramalan pasaran

Ulasan analisis Forexmart memberikan maklumat teknikal terkini mengenai pasaran kewangan. Laporan ini mengandungi arah aliran saham, ramalan kewangan, laporan ekonomi global, dan berita politik yang mempengaruhi pasaran.

Disclaimer:  ForexMart tidak memberikan nasihat pelaburan dan analisis yang disediakan tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan untuk hasil dagangan yang akan datang.

Pasaran kripto meningkat 750%
03:22 2021-09-02 UTC--4

Di tengah-tengah aksi mata wang digital yang tidak menentu, pakar-pakar tidak bersependapat mengenai prospek jangka pendek pasaran kripto. Sebilangan besar daripada mereka yakin bahawa mata wang maya ini mempunyai masa depan yang cerah dan meramalkan pertumbuhan bitcoin sebanyak 400-750% (AS$250,000-400,000) dari paras harga hari ini sehingga akhir 2022. Untuk ether, penganalisis meramalkan lonjakan harga ke paras AS$20,000 (peningkatan sebanyak 471% dari paras sebenar).

Pada masa yang sama, pakar-pakar juga mengaitkan pertumbuhan ether dengan fakta bahawa hanya sekitar 11% dari jumlah keseluruhannya yang masih beredar. Indikator ini semakin menurun dari hari ke hari. Permintaan untuk ether semakin meningkat. Jalan keluar yang paling logik dari situasi ini adalah peningkatan nilai duit syiling secara eksponensial.

Sudah tentu, bertentangan dengan pendapat ini, sebilangan pakar mempunyai keraguan tentang masa depan yang cerah untuk pasaran kripto. Oleh itu, dalam temu bualnya bersama Bloomberg, jutawan Amerika Syarikat (AS), John Paulson mengatakan bahawa tidak lama lagi nilai mata wang kripto akan menjadi sifar. Pelabur yakin bahawa sebaik sahaja euforia dan kecairan berakhir, harga aset digital akan turun kepada sifar. "Bitcoin akan jatuh ke paras sifar dan mata wang kripto adalah gelembung yang tidak mempunyai nilai. Saya tidak akan mengesyorkan kepada sesiapa untuk melabur dalam mata wang kripto," katanya.

Walau bagaimanapun, Paulson tidak menasihati untuk menjual bitcoin, menjelaskan hal ini dengan turun naik koin utama yang tinggi. Sebaliknya, jutawan itu mengesyorkan agar mereka melabur dalam emas kerana jumlah aset yang terhad.

Salah seorang pegawai Bank Rakyat People's Bank of China (PBoC) yang terkenal menyatakan pendapat yang serupa mengenai mata wang kripto. Beliau menyatakan bahawa BTC bukan tender yang sah. Dengan kenyataan seperti ini, wakil pengawal selia sekali lagi menekankan kedudukan sukar mereka mengenai mata wang maya.

Pihak berkuasa China memperketatkan dasar aset kripto dari hari ke hari sebagai persiapan menjelang pelancaran mata wang maya negara oleh People's Bank of China - yuan digital. Terdahulu, pengawal selia, bank serantau dan institusi kewangan telah menghentikan kesemua operasi dengan pemegang mata wang kripto.

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.