Kemas kini dan ramalan pasaran

Ulasan analisis Forexmart memberikan maklumat teknikal terkini mengenai pasaran kewangan. Laporan ini mengandungi arah aliran saham, ramalan kewangan, laporan ekonomi global, dan berita politik yang mempengaruhi pasaran.

Disclaimer:  ForexMart tidak memberikan nasihat pelaburan dan analisis yang disediakan tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan untuk hasil dagangan yang akan datang.

Isyarat dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 25 - 26 Januari, 2022: buka pesanan membeli di atas 113.93 (21 SMA - 4/8)
00:15 2022-01-25 UTC--5

Pasangan mata wang USD/JPY jatuh untuk menguji paras harga 14 Januari, sekitar 113.46, membentuk corak 'Double bottom'.

Pada masa ini, Yen Jepun dilihat semakin menjauhi paras terendah bulanan ini dan berlegar di sekitar SMA 21. Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan pada paras 113.78 dalam sesi dagangan awal Asia.

Hari ini, Rizab Persekutuan memulakan mesyuarat dua hari. Ini menyebabkan pelabur bimbang tentang jangkaan yang semakin meningkat bahawa bank pusat AS akan menjadi agresif dalam pengetatan monetarinya berikutan inflasi yang semakin meningkat, telah mencecah 7% pada Disember 2021.

Yen Jepun ialah mata wang 'safe haven't. Dalam dua hari terakhir, pasangan mata wang USD/JPY ini telah jatuh yang bermaksud bahawa yen telah mengukuh. Pasangan mata wang itu berkemungkinan akan meneruskan dagangan dalam julat 114.00 hingga 113.28 (2/8 Murray).

Disebabkan ketidakpastian keputusan Fed, pelabur berlindung kepada yen dan emas. Ini mungkin bermakna bahawa pasangan mata wang USD/JPY akan berada di bawah tekanan menurun pada beberapa hari ini. Sebaliknya, jika Fed AS mengemukakan kenyataan "hawkish" yang menguntungkan dolar AS, kita boleh melihat penembusan harga di atas SMA 21 dan penyatuan di atas zon 114.00. Sasaran jangka pendek terletak pada zon 200 EMA dan 6/8 Murray.

Sejak 14 Januari, indikator 'Eagle' telah memberikan isyarat positif. Sebarang pembetulan teknikal mungkin dilihat sebagai peluang untuk terus membeli pasangan mata wang USD/JPY. Bank of Japan (BoJ) bersedia untuk terus melonggarkan dasar monetarinya. Berkemungkinan dalam dagangan jangka pendek, yen akan didagangkan semula di sekitar paras 115.00 dan sehingga 116.40 (+2/8 Murray).

Pelan dagangan kami untuk beberapa jam yang akan datang ialah membuka pesanan membeli untuk pasangan mata wang USD/JPY, hanya sekiranya ia menembusi dan mengukuh di atas paras 113.90 atau di atas 4/8 Murray dengan sasaran masing-masing terletak pada paras 114.43 dan 114.84.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 25 - 26 Januari 2022

Rintangan (3) 114.62

Rintangan (2) 114.30

Rintangan (1) 114.06

----------------------------

Sokongan (1) 113.56

Sokongan (2) 113.24

Sokongan (3) 113.03

***********************************************************

Senario

Carta 4 Jam

Cadangan dagangan: buka pesanan membeli di atas

Titik kemasukan pesanan 113.93

Take Profit 114.43 (200 EMA) 114.84 (6/8)

Stop Loss 113.58

Paras Murray 113.28 (2/8) 113.67 (3/8) 114.06 (4/8) 114.45 (5/8)

***************************************************************************

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.