Bonus | Forexmart
 

Perjanjian Bonus 20%

1. Pengenalan.

  • 1.1 ForexMart (selepas ini dirujuk sebagai ForexMart atau Syarikat atau Kami) adalah syarikat pelaburan yang beroperasi di seluruh dunia.
  • 1.2 Perjanjian Bonus ini mengikat antara Pelanggan dan Syarikat.
  • 1.3 Perjanjian Bonus mengatur hubungan antara Pelanggan dan Syarikat berkenaan dengan promosi yang khusus ini. Ia membekalkan semua maklumat yang diperlukan kepada Pelanggan sebelum melaksanakan sebarang tindakan dalam keberkesanan promosi.
  • 1.4 Pelanggan (selepas ini dirujuk sebagai; Anda atau Pelanggan) dengan ini mengakui bahawa mereka membaca, memahami, dan menerima Perjanjian Bonus ini sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa atas pertimbangan sewajarnya Syarikat.

2. Tafsiran Terma

  • 2.1 Kecuali dinyatakan sebaliknya, syarat-syarat berikut dalam Perjanjian Bonus ini akan ditakrifkan sebagai berikut.

    Bonus bermaksud dana Syarikat yang dikreditkan ke akaun Pelanggan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

    Bonus bermaksud dana Syarikat yang dikreditkan ke akaun Pelanggan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian ini
    Pelanggan bermaksud setiap individu yang telah membuka akaun dengan Syarikat yang tertakluk pada Perjanjian Pelanggan
    Perjanjian Pelanggan bermaksud dokumentasi rasmi Syarikat yang menunjukkan terma, syarat, dan perjanjian antara Pelanggan dan Syarikat yang diterima semasa membuka akaun dengan kami.
    Promosi bermaksud Program Bonus 20%

3. Peruntukan Umum

  • 3.1 Pelanggan berhak untuk menerima bonus yang ditawarkan oleh Syarikat dalam jumlah yang dikira yang bersamaan dengan setiap pendepositan ke akaunnya. Bonus akan dikreditkan dalam tempoh satu minggu setelah setiap pendepositan dilakukan.
  • 3.2 Promosi hanya tersedia untuk akaun baru yang dibuka dalam tempoh keberkesanan Promosi. Bilangan akaun yang boleh dibuka oleh Pelanggan dengan Promosi ini tidak terhad.
  • 3.3Pelanggan berhak untuk menerima Bonus setiap kali mereka membuat penambahan semula dana akaunnya. Jumlah bonus terkumpul dapat dikira sebagai perbezaan antara pendepositan dan pengeluaran.
  • 3.4 Bonus 20% tersedia untuk jenis akaun Klasik dan Cent dengan spread terapung (floating spread).

4. Permulaan dan Keberkesanan

  • 4.1 Promosi ini bermula pada Oktober 2015 dan telah berkuat kuasa dari tarikh tersebut.
  • 4.2 Syarikat berhak untuk menamatkan Promosi pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pelanggan.

5. Syarat Promosi.

  • 5.1 Bonus hanya dikreditkan untuk dana sebenar yang tersedia di dalam akaun semasa permohonan Bonus.
  • 5.2 Promosi ini tidak tersedia untuk akaun yang sudah mempunyai tawaran bonus lain.
  • 5.3 Dalam Promosi ini, Syarikat berhak untuk meminta dokumen pengenalan tambahan dari Pelanggan.
  • 5.4 Pelanggan diberi leverage maksimum untuk Promosi ini.
  • 5.5 Pelanggan diberi tahap Stop Out 10% untuk Promosi ini.

Syarat Pengeluaran

  • 6.1 Dana yang diperoleh dari Promosi hanya dapat dikeluarkan setelah semua transaksi (jual beli) selesai. Jumlah keseluruhan perlulah sama dengan X*0.2 lot pasaran, di mana X adalah jumlah keseluruhan bonus yang diterima (termasuk bonus yang dibatalkan atau sebahagiannya kerugian). Akaun yang dibuka dalam mata wang lain akan mempunyai formula berikut:
    - X*0.2*1.1 (lot) untuk akaun EUR
    - X*0.2*1.5 (lot) untuk akaun GBP
    - X*0.2/100 (lot) untuk akaun RUB.
  • 6.2 Bonus hanya boleh dikeluarkan dalam jumlah sepenuhnya. Pengeluaran untuk sebahagian jumlah adalah dilarang..
  • 6.3 Bonus hanya dapat dikeluarkan melalui permohonan kepada Syarikat. Alamat e-mel di mana semua permohonan untuk pengeluaran dihantar ke bonus@forexmart.com
  • 6.4 Pelanggan perlu memastikan bahawa Bonus tersedia sepenuhnya di akaun dagangan mereka pada saat membuat permohonan.
  • 6.5 Pelanggan bersetuju bahawa sekiranya pesanan belum ditutup oleh tahap berhenti kerana terdapatnya dana bonus pada akaun, yang memberikan margin yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan, Syarikat dalam beberapa kes, dapat menyamakan semua atau sebahagian dana dengan bonus.
  • 6.6 Keuntungan yang dijana dengan menggunakan Bonus boleh dikeluarkan tanpa sekatan dengan syarat semua syarat dalam Perjanjian Bonus 20% ini dipenuhi.

7. Pembatalan dan Pembetulan

  • 7.1 Syarikat berhak untuk membatalkan Bonus 20% dan membetulkan keuntungan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Oleh demikian, Syarikat tidak menggalakkan penggunaan dana bonus dalam pengiraan keuntungan dalam strategi perdagangan Pelanggan.
  • 7.2 Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akibat yang timbul dari pembatalan Bonus 20%, termasuk Stop Out, kerana Bonus dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat.*
  • 7.3 Bonus dapat dikurangkan dalam keadaan berikut.
  • 7.3.1Sekiranya jumlah nilai Bonus melebihi AS$ 2000 dengan lebih dari 10% perdagangan dilaksanakan dengan kurang dari 0.01 lot pasaran. Bonus boleh dikurangkan menjadi AS$ 1000.

    7.3.2 Sekiranya nilai Bonus melebihi AS$ 10,000 dengan lebih dari 10% perdagangan dilaksanakan dengan kurang dari 0.01 lot pasaran. Bonus boleh dikurangkan menjadi AS$ 3000.

  • 7.4 Pelanggan mengakui hak Syarikat untuk membatalkan Bonus 20% dan memperbetulkan keuntungan yang dibuat menggunakan Bonus sekiranya pelanggaran Perjanjian Bonus 20% ini dijumpai atau penyalahgunaan Promosi adalah dikesan.
  • 7.5 Pelanggan mengakui risiko yang terlibat dalam Promosi ini.
  • 7.6 Pelanggan mengakui bahawa pengeluaran yang menyebabkan jumlah dana bonus (perbezaan antara bonus yang diterima dan bonus dibatalkan) melebihi 20% dari margin percuma semasa di akaun boleh mengakibatkan pembatalan Bonus melebihi jumlah pengeluaran minimum. Untuk mengelakkan pembatalan tersebut, sila tidak berbuat sebarang transaksi sehingga akaun mempunyai dana yang mencukupi.
  • 7.7Syarikat berhak untuk berkongsi keuntungan secara seimbang dengan jumlah bonus dan / atau meminta Pelanggan untuk memenuhi syarat pengeluaran untuk mengeluarkan bahagian seimbang keuntungan yang dikira dengan formula X*0.5 lot, di mana X adalah jumlah keuntungan dalam mata wang akaun asas.

Pindaan

  • 8.1 Syarikat berhak untuk meminda atau menambah Perjanjian Bonus 20% ini pada bila-bila masa berdasarkan pertimbangan sewajarnya dari syarikat.

*Kemungkinan kesilapan pembatalan bonus dalam usaha mengekang penggunaan sistem surcaj bonus yang tidak bertanggungjawab tidak melebihi 10%.

LAMPIRAN 1

Contoh A: Jumlah keseluruhan syarat dipenuhi

Deposit Permulaan: AS$ 500.00
Bonus: Deposit Awal * Bonus 20% = 500 * 20% = AS$ 100.00
Permulaan Ekuiti: AS$ 600.00
Untung / Rugi: AS$ 1000.00
Jumlah keseluruhan perdagangan: 105 lot pasaran
Baki selepas perdagangan: AS$ 600.00 (Ekuiti Permulaan) + AS$ 1000.00 (Untung / Rugi) = AS$ 1.600.00

Syarat pengeluaran: Jumlah keseluruhan perdagangan> X*0.2 lot pasaran, di mana X = Jumlah bonus yang diterima

X*0.2 lot pasaran = AS$ 100.00 (Bonus)*0.2 lot pasaran = 100 lot pasaran

Jumlah keseluruhan perdagangan (105 lot pasaran)> Syarat pengeluaran (100 lot pasaran)

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan: AS$ 1,600.00 (Baki selepas perdagangan)

Maklum Balas

ForexMart is authorized and regulated in various jurisdictions.

(Reg No.23071, IBC 2015) with a registered office at Shamrock Lodge, Murray Road, Kingstown, Saint Vincent and the Grenadines

Restricted Regions: the United States of America, North Korea, Sudan, Syria and some other regions.


© 2015-2024 Tradomart SV Ltd.
Top Top
Amaran Risiko
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.
Pertukaran wang asing amat spekulatif dan kompleks, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Perdagangan forex boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian dalam jumlah yang besar. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melaburkan wang sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung kerugian. Sebelum menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ForexMart, sila fahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex. Dapatkan nasihat kewangan bebas sekiranya perlu. Harap maklum bahawa prestasi masa lalu atau ramalan bukan petunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil di masa hadapan.